03 March 2013

Blog Sampah...

Memang agak mencabar bila 'orang kebanyakan' berangan nak jadi 'Blogger'..


Dulu tengok orang lain ada blog kita pun nak ada blog..
Tengok orang lain seronok je menulis kita pun nak menulis..
Orang lain ada ramai 'follower' kita pun berangan nak ada ramain follower..
Last-last apa yang jadi??

Jadilah salah satu 'sampah' alam maya yang menyemakkan list carian google, merugikan domain name, serta menyumbangkan sampah di hosting blogspot. 


Tapi realitinya takda la sampai begitu sampah blog aku ni. Sebenar nya blog 'azraz.com' ni aku create lebih kepada blog untuk aku bereksperimentasi (betul ke ejaan ni).. Maklumlah background bukan dari bidang IT, so azraz.com ni la jadi tempat untuk aku mencuba or belajar tentang blogspot.


Bila apa yang aku try or eksperimenkan tu menjadi, baru la aku akan apply kan balik dekat our official @ business blog kami iaitu cikcida.com. So konon-konon nya blog azraz.com ni ala-ala staging server la before boleh migrate ke live server..haha.. tu la serba sedikit sejarah blog ni.

So apa akan jadi pada azraz.com lepas ini?

Since blog cikcida.com dah agak stabil dan mampu untuk bergerak maju kehadapan dengan jayanya, khidmat azraz.com tidak lah lagi begitu penting sebagai 'tikus makmal' utk blog cikcida. Disebabkan 'tikus makmal' ni tidak diperlukan lagi dan mengenangkan jasa yang pernah ditaburkan, so aku bercadang untuk menaikkan pangkat si 'tikus makmal' ni kepada official blog untuk diri aku sendiri berkuat kuasa serta merta.

So mulai saat ini, 'azraz.com' akan beroperasi sebagai normal blog seperti mana-mana blog yang masih wujud di carian uncle google. 

Harap-harap aku berupaya mengemudi azraz.com ni menjadi blog yang hidup dan bukan sekadar blog yang menyemakkan carian google dimasa hadapan..

Apa focus and plan aku untuk azraz.com akan aku share di next entry..insyaAllah


No comments:

Post a Comment