01 April 2013

Saya pilih "Social Media"..

Ya saya pilih social media sebagai saluran utk saya..kenapa?

Simple..pengguna semakin ramai, market tiada penghujung.
Dalam biz kita memerlukan pasaran. Masalah yg selalu timbul bila kita hanya meletak kan pasaran kepada org sekeliling kita sahaja (rakan2, family, jiran sebelh rmh etc) atau pn dlam daerah kita sahaja. Percaya tak jika saya katakan pasaran itu akan penuh or habis suatu hari nanti?

Tp kita kadang2 lupa yg kita sekarang berada di dunia tanpa sempadan..social media adalah antara jalan or channel yg boleh kita gunakn utk mengembangkan pasaran kita dgn pantas. Kos yg rendah, tiada sekatan jarak, dan pengguna yg cepat berkembang adalah antara kelebihan atau kunci kejayaan social media.

Bayang kan jika kita boleh memperolehi pelanggan dari Dubai dlm beberapa minit tanpa memerlukan kita utk berada di sana. Cara yg betul serta kaedah yg tepat menjadi senjata utama utk kita mendapat kan pelanggan melalui social media.. beribu2 org telah menggunakan social media sebagai kaedah utama utk mengembang kn perniagaan mereka. Tp ada diantara kita yg masih kurang jelas atau takut utk mengambil peluang yg telah terhidang di depan mata..alangkah rugi nya kita.

Bagaimana cara nya? Apa ramuan nya akan kita terokai dlm entry yg akan datang.. ;)





03 March 2013

Blog Sampah...

Memang agak mencabar bila 'orang kebanyakan' berangan nak jadi 'Blogger'..


Dulu tengok orang lain ada blog kita pun nak ada blog..
Tengok orang lain seronok je menulis kita pun nak menulis..
Orang lain ada ramai 'follower' kita pun berangan nak ada ramain follower..
Last-last apa yang jadi??

Jadilah salah satu 'sampah' alam maya yang menyemakkan list carian google, merugikan domain name, serta menyumbangkan sampah di hosting blogspot. 


Tapi realitinya takda la sampai begitu sampah blog aku ni. Sebenar nya blog 'azraz.com' ni aku create lebih kepada blog untuk aku bereksperimentasi (betul ke ejaan ni).. Maklumlah background bukan dari bidang IT, so azraz.com ni la jadi tempat untuk aku mencuba or belajar tentang blogspot.


Bila apa yang aku try or eksperimenkan tu menjadi, baru la aku akan apply kan balik dekat our official @ business blog kami iaitu cikcida.com. So konon-konon nya blog azraz.com ni ala-ala staging server la before boleh migrate ke live server..haha.. tu la serba sedikit sejarah blog ni.

So apa akan jadi pada azraz.com lepas ini?

Since blog cikcida.com dah agak stabil dan mampu untuk bergerak maju kehadapan dengan jayanya, khidmat azraz.com tidak lah lagi begitu penting sebagai 'tikus makmal' utk blog cikcida. Disebabkan 'tikus makmal' ni tidak diperlukan lagi dan mengenangkan jasa yang pernah ditaburkan, so aku bercadang untuk menaikkan pangkat si 'tikus makmal' ni kepada official blog untuk diri aku sendiri berkuat kuasa serta merta.

So mulai saat ini, 'azraz.com' akan beroperasi sebagai normal blog seperti mana-mana blog yang masih wujud di carian uncle google. 

Harap-harap aku berupaya mengemudi azraz.com ni menjadi blog yang hidup dan bukan sekadar blog yang menyemakkan carian google dimasa hadapan..

Apa focus and plan aku untuk azraz.com akan aku share di next entry..insyaAllah


03 December 2012

Our Stay at The Westin KL

After the 20th anniversary celebration we had a GLAM Nite at The Westin, dah alang2 kat sana both of us decided nak bermalam trus so lepas event blh zzz... ;)

Lucky us sbb manage to get the room even dah last minute. and as a BMW white card holder mcm2 privilege yg dapat. the best part of coz la discount on the price and free valet parking! tak payah susah nak2 cari parking dah.



Ok lets have a camwhore session before the event start. and as usual lah my husband dah siap2 bwk tools utk berphoto shoot sebelum kami sepahkan bilik hehe

Here's our room.. not too big.. not too small..
tapi mcm biasa lah, toilet jugak yang syida pegi jenguk dulu.





The view pun cantik, semuanya bangunan pencakar langit kat depan ni. siap mengadap matahari lagi ada Ong gitu ;)

Dalam banyak2 tempat, rasanya kat sini lah paling seswai nak pose kan? dengan sofa & view mmg ngam. like it!




Favorite spot, rest room! luas and toiletries pun banyak. boleh dok lama2 dalam toilet ni. ;p cuma yg tak berapa best tempat buang air xda paip. kena jalan jauh sket ke shower kalau nak air agak leceh. maklumlah syida org kg ;D



Sambung camwhore lagi.. selagi mr photog nya tak penat kita kerah tenaga dia sampai terbaring :p






Asyik gambar isteri je kan? ok la.. kasi can 2-3 keping k sayang. haa tu dia sampai terbaring sah2 la penat kan? kesiannn..

Btw thank u so much for always be my very best MAN! :)





The view from our room..
nice huh?!

Kalau ada rezeki lebih mcm best je kalau blh stay area sini, nak shopping pun senang. hehe.. *berangan mode*






Done for The Westin..



18 April 2011

Bende yang orang kita suka cakap


Adakah kite perasan? apabila kita (merujuk kepada masyarakat Melayu) bercakap, kita sentisa menambah perkataan atau bende2 seperti di bawah.
1.) Hoi, XXXXX  ko nak pi mane?
2.)  tol la ko ni!
3.) woi! , jangan lari!
4.) eh, ko rupenye, , ingatkan sape tadi.
5.) nak wat ape skrang ni, ?
6.) woi !, nak gi mane tu?
Fikir-fikirkan la..
 

13 April 2011

Just Go With It..

This movie is awesome!! Last weekend sempat sekejap menyelit pergi tengok movie. lagi pun kesian dkt cikcida dah lama tak bawak dia tgk movie. apa2 pn cerita ni memang terbaik. jarang aku tengok muvie tergelak tahap dewa ni. tp cerita ni memang buat aku tak senang duduk. lagi pun lakonan Adam Sandler dengan Jennifer Aniston memang best. 


Honestly aku memang suka layan muvie cerita-cerita yang sempoi and tak buat aku pening kepala. so cerita ni memang kene dengan cita rasa aku. for those yang x sempat lagi tgk cerita ni, ak highly recommend korang pergi layan cerita ni. Terbaek 5 Star dari aku 





Memang Best :)  

Fatine @ Mohammed Fazdil Min Bahari

"Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih"

Tu tajuk "Kosmo" yang aku baca hari ni. Isu si mak nyah ni bukannya baru. Kalau tak silap aku She/he ni dah create kontroversi dari tahun 2009 lagi. Aku tak minat sangat isu dia nak kawin dengan siapa or dia jadi apa. cuma apa terlintas dekat otak aku skarang ni AGAMA dia. Apa agama dia ni?


Yang aku tahu memang dia ni lahir dari keluarga islam sebab nama asal dia "Mohammed Fazdil Min Bahari" kemungkinan yang dia bukan lahir dari keluarga islam tu tipis sebab nama dia ada "Mohammed". So bila dia dah besar panjang, masuk sekolah dan meneruskan hidup sebagai manusia di Malaysia, aku still rasa dia ni Islam sebab IC dia islam dan nama dia still nama islam. paling kurang still ade islam yang lekat dekat diri dia la  walaupun bab ibadat kita tak tahu dan aku tak nak komen.


Cuma bila dia dh berhijrah dari lelaki kepada perempuan dan dari Malaysia ke UK, aku tak sure adakah dia turut berhijrah agama dengan kata lain MURTAD? aku tau bukan tugas aku untuk menhukum dia ni murtad ke tak. Just satu persoalan yang tiba-tiba muncul dekat kepala aku skarng ni.

Yang membuat kan otak aku lagi pening sebab dia declare dia kawin dengan husband dia? Macam mana dia kawin? yang pasti kalau dia cakap dia kawin cara Islam, sumpah aku tak percaya melainkan dia tipu pejabat agama dekat sana cakap dia wanita tulen. So kalau betul dia kawin, dah tentu-tentu dia berkahwin dengan ritual agama lain yang membawa makna dia pun "maybe" follower agama tu. just my teori. betul ke tidak aku tak tahu. Dari cara pemakaian dia time kawin pun tak menunjukkan dia kawin cara islam.So persoalan aku still tergantung dekat sini. maybe ada sesiapa yang boleh rungkai kan persoalan aku ni sila la jelaskan.


Apa yang aku belajar dari minah/mamat ni, masalah tak kan datang kalau kita tak create dia. kalau kita relatekan dengan dirikita pun kebanyakan masalah yang datang berpunca dari diri kita sendiri. so kalau dah create satu masalah, tak perlu kot nk beranak pinak kn masalah tu. kalau tak, kita akan terjebak macam kes minah/mamat diatas ni. renung-renungkan la untuk diri kita :)



12 April 2011

Ikan Patin RM 13,000 ???

Wau..dari semalam lagi heboh pasal ikan patin Temerloh harge sampai RM 13,000. Koi org temerloh pun boleh terkejut dengar cerita ni. Pada aku, ada dua kemungkinan yang mungkin terjadi dkt sini
1. Memang tokey kedai tu ketuk kaw kaw dekat customer ni and tokey kedai dapat publisiti macam skarang ni or
2. Memang harga Patin tu mahal disebabkan faktor2 tertentu..

    Ni yang buat aku rasa nak balik temerloh minggu ni

Sebagai orang temerloh, aku memang dh tak pelik dengan ikan patin. tiap2 kali balik kampung ikan pating masak tempoyak sure terhidang dekat atas meja la. cuma yang aku selalu makan tu patin sangkar yang diternak dalam sangkar dekat sungai pahang. Harga dia dalam RM12 sampai RM15 sekilo kalau tak silap aku.


Pasal Patin sungai pulak, harga dia memang mahal.boleh mencecah berkali-kali ganda dari harge patin sangkar. kenapa dia mahal??? sebab patin sungai ni spesis patin liar yang susah nak dapat dan isi + lemak dia memang terbaik. yang aku pernah dengar harge dia boleh mencecah beratus2 sekilo. Aku x pernah la beli Patin sungai / Patin liar / Patin Original ni..selalu yang dikait kan dengan Patin Sungai ni, Patin spesis buah dan munchung. Pernah la sekali dua makan patin ni..tu pn sebab orang bagi. rase isi dia memang lain. yang aku paling gemor, lemak dia. memang lecur air liur la kalau dh kene..

Apa-apa pn pengajaran dari cerita patin RM13,000 ni
1. Korang kalau pergi tempat luar and popular dengan sesuatu makanan, batter korang tanya dulu berape anggaran harge makanan yang korng nak makan tu.
2. Kalau 50 orang makn, make sure budget kene letak lebih la bro..sebab perut orang berbeza2. kalau dapat orang mcm aku ni, 3 ekor ikan patin pn tak cukup lagi.
3. para peniaga pn tolong la bertimbang rasa terutama dekat pengunjung dari luar ni. diaorang bukan nya biasa dengan tempat kita. kalau agak2 ape yang diaorng pesan tu mahal, bagi la warning awal2. berniaga kena la ikhlas and jujur baru rezeki berkat.
4. last skali kalau korang betul2 nk rasa ikan patin moh datang rumah aku je la. nanti aku order suruh mak aku masak je la. lagi senang..korang bayar la utk ikan patin. kita g pasar sama2 beli ikan patin..lepas tu mintak tlg mak aku masak. kompem terbaik la. hahahaha

Kampung halaman koi